Monday, August 16, 2010

PUASA PARA NABI



Tujuan puasa berbeza-beza antara agama yang satu dengan yang lain, termasuk puasanya umat-umat terdahulu. Sebagaimana keterangan Al Quran dalam surah Al-Baqarah [2] ayat 183, puasa yang diwajibkan kepada umat Islam, sebenarnya juga pernah dilakukan oleh umat-umat sebelumnya.

‘Puasa’ sudah lama dikenali oleh bangsa dan kaum yang hidup sebelum datangnya Islam. Seperti puasa yang dilakukan oleh bangsa Mesir Kuno, Yunani Kuno, Romawi Kuno, Zoroaster, Majusi, Yahudi, Nasrani, Cina Kuno, Jepun Kuno, Buddha, Hindu, dan lainnya. ''Bahkan, nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW juga sudah melaksanakan puasa. Sejarawan Muslim, Ibnu Katsir, meyakini bahwa ajaran puasa sudah ada sejak zaman Adam dan Hawa. Menurut beliau, Adam berpuasa selama tiga hari setiap bulan sepanjang tahun. Ada pula yang mengatakan bahwa Adam berpuasa pada 10 Muharam sebagai rasa syukur karena bertemu dengan isterinya, Hawa, di Arafah. Sementara yang lain berpendapat, Nabi Adam berpuasa sehari semalam pada waktu dia diturunkan dari taman syurga oleh Allah.

Ada juga yang mengatakan Adam berpuasa 40 hari 40 malam setiap tahun. Pendapat lainnya mengatakan Adam berpuasa dalam rangka mendoakan putera-puterinya. Selain itu, ada yang menjelaskan, Adam berpuasa pada hari Jumaat untuk mengenang peristiwa penting, yakni dijadikannya dia oleh Allah, hari diturunkannya ke bumi, dan diterimanya taubat Adam oleh Allah.

''Sesungguhnya Allah menjadikan Adam pada hari Jumat, diturunkan di bumi pada hari Jumat, dia bertaubat kepada Allah atas dosanya memakan buah khuldi pada hari Jumaat dan wafat pun pada hari Jumaat.'' (HR Bukhari).

Walaupun dalam Al Quran maupun hadis tidak dijelaskan bagaimana bentuk puasa Adam dan generasi sesudahnya, tetapi ada petunjuk-petunjuk bahwa agama-agama yang dibawa oleh para rasul terdahulu itu adalah agama monotheisme yang mengajarkan kepercayaan pada keesaan Tuhan (Allah). Contohnya adalah Nabi Nuh yang berpuasa selama tiga hari setiap bulan sepanjang tahun, seperti puasanya Nabi Adam.

Nabi Nuh juga memerintahkan kaumnya untuk menyembah Allah dan berpuasa ketika mereka berbulan-bulan hidup terkatung-katung di dalam perahu besar di tengah samudera luas akibat bencana banjir besar, seraya bertaubat kepada Allah. Nabi Ibrahim AS juga terkenal dengan kegemarannya berpuasa, terutama pada saat hendak menerima wahyu dari Allah, yang kemudian dijadikan suhuf Ibrahim itu.

Puasa menurut agama Ibrahim dilaksanakan oleh Ismail, putera Ibrahim yang terkenal taat beribadah itu; dan puasa Ibrahim diikuti pula oleh Ishaq (putera Ibrahim dari Sarah). Nabi Ya'qub terkenal sebagai orang tua dan rasul yang gemar berpuasa, terutama untuk keselamatan putera-puteranya.

Sementara Nabi Yusuf berpuasa ketika berada dalam penjara bersama para banduan lainnya. Kebiasaan berpuasa ini juga beliau terapkan ketika menjadi pembesar Mesir dan menjawat sebagai menteri perekonomian negeri tersebut. ''Kerana aku khuatir apabila aku kenyang, nanti aku akan melupakan perut fakir miskin.''

Sedangkan Nabi Yunus berpuasa dari makan dan minum saat berada dalam perut ikan besar selama beberapa hari, kemudian berbuka puasa setelah dimuntahkan kembali dari dalam perut ikan itu. Untuk berbuka, dikisahkan beliau memakan buah semacam labu yang tumbuh di tepi pantai. Nabi Ayub berpuasa pada waktu dia hidup dalam serba kekurangan dan menderita penyakit selama bertahun-tahun, sampai akhirnya lepas dari cobaan itu.

Nabi Syuaib terkenal kesalehannya dan sebagai orang tua yang banyak melakukan puasa dalam rangka bertakwa kepada Allah.

Tuesday, July 20, 2010

Anak-anak Yatim Johor Aceh dirai. Kunjungan ke Melaka untuk dedahkan kepada mereka dunia luar





Seramai 38 anak yatim dan 19 pengasuh dari Rumah Anak Yatim Johor Aceh,Nangrou Aceh Darussalam dirai oleh isteri Ketua Menteri Melaka,Datin Seri Asmah Abd Rahman pada majlis makan malam di dewan Seri Bendahara,Ayer Keroh ,baru-baru ini.
Kunjungan rombongan itu ke Melaka adalah sempena lawatan ke Johor,Terengganu,Selangor Kelantan dan Singapura bermula 21Jun lalu hingga 30Jun lalu.
Bersama-sama mengikuti rombongan mereka ialah Tn Hj Sulaiman Hassan,Timbalan Presiden Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia (Peyatim) selaku penyelaras program lawatan ini.Ianya adalah untuk mendedahkan anak-anak ini kepada dunia luar selepas mengalami kejutan bencana tsunami 26 Disember 2004.
‘Sudah tiba masanya untuk membawa mereka keluar dari Aceh,selain dapat menjalinkan silatulrahim bersama anak yatim negara ini,’ kata beliau.
Rombongan ini turut dibawa melawat Menara Taming Sari,menyusuri sungai Melaka dengan Melaka River Cruise,Padang Pahlawan Banda Hilir,Muzium Sejarah,Melaka Planetarium dan juga Zoo Melaka di Ayer Keroh.
Isteri Ketua Menteri,Datin Seri Asmah berkata kesudian rombongan ini menghadiri majlis makan malam ini amatlah dihargai dan berharap ianya menjadi kenangan manis kepada beliau kerana dapat bertemu anak-anak Aceh yang sangat menderita akibat bencana tsunami tempohari.Katanya,ombak besar tsunami yang melanda Aceh meninggalkan 1001 perasaan takut dan trauma kepada mereka yang kehilangan ibubapa dan keluarga.
“Saya berharap lebih ramai lagi yang sudi menghulurkan bantuan kepada panti asuhan anak yatim disana supaya mereka ini tidak disisihkan,”katanya.
Turut hadir sama dimajlis ini exco kerajaan negeri,YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin merangkap sebagai ‘bapa angkat’ kepada program lawatan ini.Dalam majlis tersebut Asmah telah bermurah hati memberi anak-anak ini sumbangan berupa wang supaya dapat meringankan beban penderitaan yang dirasai mereka.




Friday, June 11, 2010

7 Golongan Yang Mendapat Teduhan Dari Arasy


Mereka adalah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak denganberkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanyakerana takutkan Allah.

Sunday, May 30, 2010

12 BARISAN MANUSIA DIIRINGI DARI KUBUR



SUATU Ketika, Muaz Bin Jabal menghadap Rasulullah dan bertanya; “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”

Maksudnya :- “Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbari-baris.” (Surah An-Naba’ ayat 18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis sehingga basah pakaiannya, lalu Baginda menjawab : “Wahai Muaz engkau bertanyakan kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikimpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan itu.

Barisan pertama, diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah S.W.T Yang Maha Pengasih: Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya.

Barisan kedua, diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka ini balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.

Barisan ketiga. Diiringi dari kubur berbentuk keldai, perut mereka penuh ular dank ala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan keempat, diiringi dari kubur dengan keadaan drah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat merke adalah neraka.”

Barisan kelima, diiringi dari kubur dengan bau busuk. Ketika itu, Allah S.W.T menurunkan angina sehingg bau busuk itu menggangu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah S.W.T, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan keenam, diiringi dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka itu adalah orang yang menjadi saksi palsu ,inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.”

Barisan ketujuh, diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian diatas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan kelapan, diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berzina. Inilah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan kesembilan, diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh . “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan kesepuluh, diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan kesebelas, diiring dari kubur mereka dengan keadaan buta , gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan , bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. “Mereka itu adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan kedua belas, mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar – sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan. “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik . Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan , kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha Pengasih.”

Si Miskin Tetap Salah/Si Kaya Tetap Tertawa




Wednesday, May 26, 2010

Pohon Epal dan Anak Lelaki



Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan anak lelaki yang kita namakan Zaidi, suka bermain-main di bawah pohon epel itu setiap hari. Zaidi suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur di keteduhan rindang daun-daunnya. Zaidi sangat mencintai pohon epal itu. Demikian pula, pohon epal sangat mencintai anak yang bernama Zaidi itu. Waktu terus berlalu. Zaidi kini telah tumbuh besar dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari. Suatu hari ia mendatangi pohon epal. Wajahnya nampak sedih. "Hai, kau ke sini bermain-main lagi denganku," pinta pohon epal itu. "Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi." jawab Zaidi. "Aku ingin sekali memiliki mainan, tapi aku tak punya wang untuk membelinya." Pohon epal itu menyahut, "Hem, maaf aku pun tak punya wang... tetapi kau boleh mengambil semua buah epalku dan menjualnya. Kau boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan kegemaranmu. " Zaidi sangat senang dan suka hati. Ia lalu memetik semua buah epal yang ada dipohon dan pergi dengan penuh gembira. Namun, selepas itu Zaidi tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih. Suatu hari Zaidi datang lagi. Pohon epal sangat gembira melihatnya datang. "Marilah bermain-main denganku lagi." kata pohon epal. "Aku tak ada masalah," jawab Zaidi. "Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Maukah kau menolongku?" "Huh, maaf aku pun tak memiliki rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan rantingku untuk membangunkan rumahmu." kata pohon epal. Kemudian, Zaidi pun menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira. Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat Zaidi senang, tetapi tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu merasa kesepian dan sedih. Pada suatu musim panas, Zaidi datang lagi. Pohon epal merasa sangat suka menyambutnya. "Marilah bermain-main lagi denganku." Kata pohon epal. "Aku sedih," kata Zaidi. "Aku sudah tua dan ingin hidup tenang.Aku ingin pergi bercuti dan berlayar. Maukah kau memberi aku sebuah kapal untuk bersiar?" "Sayang, maafkan aku kerana tak punya kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mau. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah ." Kemudian, Zaidi memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidam-idamkannya. Ia lalu pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pohon epal itu. Akhirnya, Zaidi datang lagi setelah bertahun-tahun kemudian. "Maaf, anakku," kata pohon epal itu. "Aku sudah tak memiliki buah epal lagi untukmu." "Tak apa. Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu." Jawab Zaidi. "Aku juga tak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat." kata pohon epal. "Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu." Jawab Zaidi. "Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang boleh aku berikan padamu.Yang ada hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini." kata pohon epal itu sambil menitiskan air mata. "Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang." Kata Zaidi. "Aku hanya memerlukan tempat untuk beristirahat. Aku sangat letih setelah sekian lama meninggalkanmu. " "Oooh, bagus sekali. Tahukah kau, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirihat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan beristirihatlah dengan tenang." Zaidi berbaring di pelukan akar-akar pohon. Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya. Ini adalah cerita tentang kita semua. Pohon epal itu adalah orang tua kita. Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita. Ketika kita tumbuh besar, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. Tak peduli apa pun, orang tua kita akan selalu ada di sana untuk memberikan apa yang boleh mereka berikan untuk membuat kita bahagia. Kamu mungkin berfikir bahawa anak lelaki yang bernama Zaidi itu telah bertindak sangat kasar pada pohon itu, tetapi kadang begitulah cara kita memperlakukan orang tua kita. Cintailah orang tua kita. Sampaikan pada orang tua kita atau orang yang bertanggung jawab keatas kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.

Untuk mencari sahabat


Sahabat
Mencari persahabatan itu seperti kita memasukkan benang dalam lubang jarum…
Sulitnya mencari seorang sahabat itu boleh digambarkan seperti kita berusaha memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Ada saja halangan atau gendala semasa kita berusaha memasukkan benang kedalam jarum, ada angin, mata kita yang kurang fokus, tempat yang kurang terang dan lain-lain.
Namun setelah kita berhasil melawan gendala yang ada, akhirnya benang boleh masuk ke dalam jarum, itulah saat-saat yang menggambarkan bahawa kita telah berhasil mendapatkan seorang sahabat. Setelah jarum dan benang telah bersatu, tibalah saatnya kita menarik....dalam hal ini kita sebagai jarum dan sahabat kita sebagai benang, bersama-sama merasai peristiwa-peristiwa manis dan indah sehingga menjadi kenangan terindah dalam hidup kita….
Itulah Sahabat, seseorang yang kita peroleh dari pengorbanan dalam kehidupan kita. Yang awalnya pahit namun berakhir manis