Monday, August 22, 2011

Selamat Hari Raya 1432

Assalamualaikum semua,harap semua dalam keadaan sihat-sihat sentiasa hendaknya disamping keluarga tercinta.Syawal semakin menghampiri dan Ramadhan semakin dipenghujung semoga semua mendapat kerahmatan dari amalan yang kita telah lakukan.

Seterusnya sempena Aidil Fitri yang kita akan sambut pada hari-hari berikutnya di bulan Syawal akan datang ini mengingatkan dan mengajak kita bersyukur setinggi-tingginya kepada Allah SWT di atas nikmat beribadah di bulan Ramadhan yang diberkati, nikmat menyambut Aidil Fitri dengan gembira dan nikmat berada teguh di atas jalan Dakwah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW disepanjang hayat Baginda.

Sabda Nabi Saw bermaksud, “Allah telah menggantikan (perayaan-perayaan zaman Jahiliyah) untuk kamu iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha”. Setiap kaum muslimin muslimat diberbagai Negara mempunyai cara dan bentuk tersendiri dalam bergembira di Aidil Fitri. Diantaranya ialah bentuk yang disyarakkan oleh Allah melalui Rasulullah saw seperti menghidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah, bertakbir Raya di hari Aidil Fitri dan pergi ke perhimpunan besar solat Aidil Fitri. Setiap muslim dan muslimah serta kanak-kanak disunatkan ke perhimpunan solat raya termasuk wanita yang uzur haid. Begitu sekali Islam mahu agar perhimpunan solat raya bukan sekadar solat tetapi ia menemukan semua umat Islam di satu tempat, meraikan pahala besar yang mereka kumpulkan, pengampunan dosa yang dikurniakan Allah....Marilah kita baca dan renungkan cerita di bawah ini.....

Selamat Hari Raya, Maaf Dzahir Batin.


Kisah Papan Nama Penjual

Pada suatu hari ada seorang peniaga berjualan ikan segar dipasar. Ia memasang papan tanda bertuliskan "Di sini Jual Ikan Segar" Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung yang menanyakan tentang tulisannya. "Mengapa kau tuliskan kata DISINI ? Bukankah semua orang sudah tahu kalau kau berjualan DISINI, bukan DISANA?" "Benar juga!" fikir si penjual ikan, lalu dipadamkannya kata "DISINI" dan tinggallah tulisan "JUAL IKAN SEGAR". Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga menanyakan tulisannya. "Mengapa kau pakai kata SEGAR ? bukankah semua orang sudah tahu. yang kau jual adalah ikan segar, bukan ikan busuk? "Benar juga" fikir si penjual ikan itu, lalu dihapusnya kata "SEGAR" dan tinggallah tulisan "JUAL IKAN" Sesaat kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga menanyakan tulisannya : "Mengapa kau tulis kata JUAL? bukankah semua orang sudah tahu kalau ikan ini untuk dijual, bukan dipamerkan? Benar juga fikir si penjual ikan,, lalu dihapusnya kata JUAL dan tinggallah tulisan "IKAN" Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga menanyakan tulisannya : "Mengapa kau tulis kata IKAN?, bukankah semua orang sudah tahu kalau ini Ikan bukan Daging? "Benar juga" fikir sipenjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu. Renungkanlah: Bila kita ingin memuaskan hati semua orang, kita takkan mendapatkan apa-apa!