Monday, August 22, 2011

Selamat Hari Raya 1432

Assalamualaikum semua,harap semua dalam keadaan sihat-sihat sentiasa hendaknya disamping keluarga tercinta.Syawal semakin menghampiri dan Ramadhan semakin dipenghujung semoga semua mendapat kerahmatan dari amalan yang kita telah lakukan.

Seterusnya sempena Aidil Fitri yang kita akan sambut pada hari-hari berikutnya di bulan Syawal akan datang ini mengingatkan dan mengajak kita bersyukur setinggi-tingginya kepada Allah SWT di atas nikmat beribadah di bulan Ramadhan yang diberkati, nikmat menyambut Aidil Fitri dengan gembira dan nikmat berada teguh di atas jalan Dakwah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW disepanjang hayat Baginda.

Sabda Nabi Saw bermaksud, “Allah telah menggantikan (perayaan-perayaan zaman Jahiliyah) untuk kamu iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha”. Setiap kaum muslimin muslimat diberbagai Negara mempunyai cara dan bentuk tersendiri dalam bergembira di Aidil Fitri. Diantaranya ialah bentuk yang disyarakkan oleh Allah melalui Rasulullah saw seperti menghidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah, bertakbir Raya di hari Aidil Fitri dan pergi ke perhimpunan besar solat Aidil Fitri. Setiap muslim dan muslimah serta kanak-kanak disunatkan ke perhimpunan solat raya termasuk wanita yang uzur haid. Begitu sekali Islam mahu agar perhimpunan solat raya bukan sekadar solat tetapi ia menemukan semua umat Islam di satu tempat, meraikan pahala besar yang mereka kumpulkan, pengampunan dosa yang dikurniakan Allah....Marilah kita baca dan renungkan cerita di bawah ini.....

Selamat Hari Raya, Maaf Dzahir Batin.


Kisah Papan Nama Penjual

Pada suatu hari ada seorang peniaga berjualan ikan segar dipasar. Ia memasang papan tanda bertuliskan "Di sini Jual Ikan Segar" Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung yang menanyakan tentang tulisannya. "Mengapa kau tuliskan kata DISINI ? Bukankah semua orang sudah tahu kalau kau berjualan DISINI, bukan DISANA?" "Benar juga!" fikir si penjual ikan, lalu dipadamkannya kata "DISINI" dan tinggallah tulisan "JUAL IKAN SEGAR". Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga menanyakan tulisannya. "Mengapa kau pakai kata SEGAR ? bukankah semua orang sudah tahu. yang kau jual adalah ikan segar, bukan ikan busuk? "Benar juga" fikir si penjual ikan itu, lalu dihapusnya kata "SEGAR" dan tinggallah tulisan "JUAL IKAN" Sesaat kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga menanyakan tulisannya : "Mengapa kau tulis kata JUAL? bukankah semua orang sudah tahu kalau ikan ini untuk dijual, bukan dipamerkan? Benar juga fikir si penjual ikan,, lalu dihapusnya kata JUAL dan tinggallah tulisan "IKAN" Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga menanyakan tulisannya : "Mengapa kau tulis kata IKAN?, bukankah semua orang sudah tahu kalau ini Ikan bukan Daging? "Benar juga" fikir sipenjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu. Renungkanlah: Bila kita ingin memuaskan hati semua orang, kita takkan mendapatkan apa-apa!

Friday, June 17, 2011

KISAH SEEKOR BELALANG

Seekor belalang telah lama terkurung dalam sebuah kotak. Suatu hari ia berhasil keluar dari kotak yang mengurungnya tersebut. Dengan gembira ia melompat-lompat menikmati kebebasannya. Didalam perjalanan dia bertemu dengan seekor belalang lain. Namun dia kehairanan mengapa belalang itu boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya. Dengan rasa terekejut ia menghampiri belalang itu, dan bertanya, “Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh, padahal kita tidak jauh berbeza dari usia maupun bentuk tubuh ?”. Belalang itu pun menjawabnya dengan pertanyaan, “Dimanakah kau selama ini tinggal? kerana semua belalang yang hidup di alam bebas pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukan”.

Saat itu si belalang baru tersedar bahwa selama ini kotak itulah yang membuat lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.

Renungan : Kadang-kadang kita sebagai manusia, tanpa sedar, pernah juga mengalami hal yang sama dengan belalang. Lingkungan yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan yang berulang, perkataan teman atau pendapat tetangga, seolah-olah membuat kita terkurung dalam kotak yang membatasi semua kelebihan kita. Selalu kita mempercayai mentah-mentah apapun yang mereka warwarkan kepada kita tanpa pernah berfikir benarkah Anda seteruk itu? Bahkan lebih buruk lagi, kita lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.

Tidakkah Anda pernah mempertanyakan kepada nurani bahwa Anda boleh “melompat lebih tinggi dan lebih jauh” kalau Anda mau menyingkirkan “kotak” itu? Tidakkah Anda ingin membebaskan diri, agar Anda boleh mencapai sesuatu yang selama ini Anda anggap diluar batas kemampuan Anda? Beruntung sebagai manusia kita dibekali Tuhan kemampuan untuk berjuang, tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami.Oleh kerana itu anak-anak, teruslah berusaha mencapai apapun yang Anda ingin capai. Sakit memang, lelah memang, tapi bila Anda sudah sampai di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar. Kehidupan Anda akan lebih baik kalau hidup dengan cara hidup pilihan Anda. Bukan cara hidup seperti yang mereka pilihkan untuk Anda.

Wednesday, April 13, 2011

Kurma, Kismis dan Madu


Kurma, Kismis dan Madu

Sabda Rasulullah s.a.w

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a..s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa". 3) MADU Nabi Muhammad SAW bersabda:


"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada"..

"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".