Thursday, September 27, 2007

Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin,Pantai Puteri Melaka

Sejarah penubuhan RAYSS Melaka.
Pembinaan Rumah Anak-Anak yatim ini telah dimulakan pada 15hb November 2000 debgan kos sebanyak RM2.57 juta dan dibiayai melalui peruntukan MAIM sebanyak RM1.5 juta, Tabung Amanah Dakwah Negeri Melaka sebanyak RM500,000 dan sumbangan derma orang ramai diantaranya melalui Golf Amal Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dengan jumlah kutipan sebanyak RM400,000.

Idea menubuhkan Rumah Anak-Anak Yatim ini dicetuskan sendiri oleh YAB datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka sebagai satu usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka yang kurang bernasib dikalangan anak-anak yatim.

RAYSS Melaka dibina diatas tanah Lot 1159 Mukim Tangga Batu, Melaka seluas 1.3 ekar yang diwakafkan oleh Datuk H.M. Shah dan tanah Lot 816 seluas 0.4ekar yang diwakafkan oleh keluarga Sidang mahat bin Nekmat.

Ianya siap dibina dan telah mula beroperasi pada 13 Mac2002 dengan pengambilan seramai 100 orang penghuni terpilih daripada kalangan anak-anak yatim seluruh negeri Melaka.

2 comments:

fairus said...

bdk plng dgl aku lah.... razzi....

izrafill said...

letak la gmbr aktiviti kite bnyk ckit