Monday, December 15, 2008

SUKYA 2008 KEDAH



Salam buat semua, Johor sekali lagi muncul juara keseluruhan Temasya Sukan Anak-Anak Yatim Islam Malaysia Peringkat Kebangsaan (Sukya) tiga tahun berturut-turut yang berlangsung di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berakhir semalam. Di Sukya 2004 di Melaka, Johor juga dipilih sebagai juara keseluruhan apabila menewaskan sepuluh (10) kontinjen negeri lain. Johor mengekalkan kejuaraannya selepas berjaya mengutip 35 mata dan menyapu bersih kedudukan naib johan dalam kebanyakan acara yang disertai antaranya badminton (beregu wanita/lelaki), bola jaring, bola tampar dan tarik tali. Selain itu, Kontinjen Johor juga muncul johan dalam acara ping pong perseorangan wanita dan beregu wanita serta memperoleh 14 pingat emas bagi acara olahraga. Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyampaikan piala kepada pemenang dalam Majlis Penutup dan Makan Malam di Dewan Mu'adzam Shah, Kampus Sintok malam tadi. Ketua Kontinjen, Mohd Barkawi Hasbullah menyifatkan kejayaan Sukya adalah sesuatu yang tidak dijangkakan dan bersyukur kerana mampu meraihnya untuk kali ketiga berturut-turut. "Kami tidak mengharapkan sebarang pingat dalam pertandingan ini dan menyertai Sukya kerana menghormati Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM)," katanya yang juga Pengerusi Tetap PEYATIM. Beliau percaya, dengan kerja sama dan kesungguhan pasukan dan jurulatih yang gigih menyumbang kepada kejayaan tersebut. Menurutnya lagi, persatuan kebajikan anak yatim di seluruh Johor mempunyai hubungan yang akrab dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan mereka mengambil ilmu serta kepakaran sukan yang ada di JPN untuk diserapkan pada kontinjen Johor. "Kami turut menawarkan insentif kepada peserta yang berjaya memperoleh pingat, dan ini merupakan salah satu faktor yang membuatkan anak-anak yatim ini berusaha dengan gigih. "Kami akan berusaha memastikan Sukya 2010 di Terenggganu dapat ditawan sekali lagi untuk membolehkan gelaran juara menjadi milik kontinjen Johor untuk selama-lamanya," katanya. Naib johan menjadi milik kontinjen Melaka dan Perlis di tempat ketiga.

Sementara itu Ummu Salmy bt Abdullah dari RAYSS Melaka telah dinobatkan sebagai Olahragawati kejohanan Sukya 2008 sekaligus mengekalkan pencapaian beliau pada 2004 di Melaka.Pelajar tahun enam dari sekolah kebangsaan Bukit Rambai ini juga cemerlang dalam pencapaian akedemiknya.Dalam peperiksaan UPSR lepas,beliau mencapai 5A dalam semua matapelajaran yang diambil.Pasukan Melaka juga telah mendapat tempat kedua dalam perbarisan semasa hari perasmian sukan tersebut.Upacara perasmian telah disempurnakan oleh


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah DarulAman.Sdr Azlan Buang,ketua kontijen pasukan perbarisan Melaka telah mengambil hadiah dari YAB Menteri Besar Kedah.Ucapan tahniah dan terima kasih juga harus diberikan kepada petugas-petugas RAYSS terutama pada Cik Mastini,Raja Azhar,Leman Omar dan nama-nama yang tak dapat disebutkan satu persatu disini-pApA







No comments: