Saturday, January 10, 2009

1430/2009 MENJELMA 1429/2008 PERGI


ASSALAMUALAIKUM anak-anak pApa semua,dimana jua Anda berada samaada berada di asrama atau pun di IPT-IPT seluruh Malaysia.Kini tahun 2008 berlalu pergi dan muncul pula tahun 2009.pApA percaya semua anak-anak mempunyai azam tahun baru. Pepatah Cina ada mengatakan bahawa perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Sejauh mana pula kita orang Islam berpegang kepada kata-kata ini? Apa yang pApA perhatikan begitu ramai yang mahu memulakan langkah pertama tetapi hanya segelintir sahaja yang gigih menamatkannya.

Tidak salah untuk memiliki azam tahun baru dan sebenarnya bagus untuk kita memilki keazaman untuk berubah sempena tahun baru ini terutama kalau tekad kita bersempena dengan Maal Hijrah 1430.
Cuma kita mesti sentiasa ingat, azam hanya akan tinggal sebagai secebis keinginan untuk berubah selagi tiada tindakan untuk berubah. Secara mudah, janganlah kita hangat-hangat tahi ayam dalam melakukan sesuatu,kita perlu berubah.

Hijrah yang sebenar-benar hijrah dalam diri adalah perubahan pemikiran, tindakan, perkataan, fikiran.
Bagaimana nak menghijrahkan diri?
Segalanya mesti bermula di minda. Minda kita membentuk siapa kita, siapa saya dan siapa Anda.

Ubah apa yang ada di fikiran terlebih dahulu. Fikir yang baik-baik setiap kali Anda melihat orang lain, menginterpretasi keadaan, situasi dan benda.
Latih fikiran untuk melihat dan menafsir yang baik-baik agar perbuatan dan tindakan Anda terdorong menjadi yang baik-baik juga.
Lama-kelamaan Anda akan dapat merubah sikap lama kepada sikap baru yang lebih baik, lebih positif, lebih disenangi orang-orang disekeliling Anda di asrama,rumah atau di tempat kerja.
Sudah tentu mudah untuk Anda mencapai kemajuan dalam apa jua yang Anda usahakan.
Tahu tak, orang yang fikirannya positif lebih cepat maju daripada orang yang fikirannya negatif?
Kesilapan ramai orang adalah memenuhkan fikiran dengan hal-hal buruk berkaitan orang lain. Apa yang orang lain buat, orang lain cakap, orang lain usahakan dan orang lain punya pendapat, dia ulas, dia komen, dia komplen.
Pendek kata, dia suka bercakap keburukan orang lain, lebih dari bermuhasabah keburukan d
irinya sendiri. Tahun baru, Azam baru….pendekatan pun mesti baru.-pApA






MOTIVASI UNTUK ANDA
kononya....

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu
'KEAZAMAN UNTUK BERJAYA'
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat,
bagi membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.
pApa akan sentiasa berdoa akan kejayaanmu
tapi berdoa saja tidak akan membuat Tuhan memakbulkan doaku.












1 comment:

joe said...

tiada kah anak yatim yang telah berjaya masuk ke peringkat ipt........kalau ada masuk kah lah baru orang nampak yang anak yatim bukan setakat maju dari segi sukan malah boleh sambung belajar ke peringkat tinggi.bukan sampai cukup syarat tinggal kt asrama...