Wednesday, February 17, 2010

LAWATAN KE TAMAN BUAYA,AIR KEROH MELAKA

Asslmkm semua...harap semua sihat-sihat belaka.pApA sudah lama tidak berkesempatan untuk menulis didalam blog ini kerana kesuntukkan waktu.Walaubagaimana pun dimasa terluang ini ingin pApA berkongsi cerita dan aktiviti anak-anak di Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahudin tempohari.
Pada 16 Febuari 2010 kita telah berkesempatan untuk pergi ke Taman Buaya, Air Keroh terletak lebih kurang 20 km dari asrama kami.Kami bertolak jam 8.30 pagi menaiki Bas Panorama dua tingkat melalui jalan Pulau Gadong,Cheng seterusnya menuju Air Keroh.Sungguh seronok anak-anak ini diberi peluang naik bas dua tingkat yang sudah tentu mereka berasa teruja kerana bas ini milik kerajaan negeri, PM Cultural and Tourism (PMCT) Sdn. Bhd, membeli dua buah bas dua tingkat terpakai keluaran tahun 1981 daripada syarikat London Bus Export di London.
PM Cultural Sdn Bhd telah bermurah hati membawa kami secara percuma pergi dan balik perjalanan kami.Pada 9.30 pagi kami selamat sampai di Taman Buaya dan terus diberi masuk secara percuma juga oleh pentadbir taman tersebut.Terima kasih TanSeri/PuanSeri,Puan Yani,dan Pm Cultural Sdn Bhd.Budi baik anda semua hanya Allah sahaja dapat membalasnya.Terima kasih Daun Keladi...Lain kali tolong lagi....pApA Hafidz

No comments: