Tuesday, July 20, 2010

Anak-anak Yatim Johor Aceh dirai. Kunjungan ke Melaka untuk dedahkan kepada mereka dunia luar





Seramai 38 anak yatim dan 19 pengasuh dari Rumah Anak Yatim Johor Aceh,Nangrou Aceh Darussalam dirai oleh isteri Ketua Menteri Melaka,Datin Seri Asmah Abd Rahman pada majlis makan malam di dewan Seri Bendahara,Ayer Keroh ,baru-baru ini.
Kunjungan rombongan itu ke Melaka adalah sempena lawatan ke Johor,Terengganu,Selangor Kelantan dan Singapura bermula 21Jun lalu hingga 30Jun lalu.
Bersama-sama mengikuti rombongan mereka ialah Tn Hj Sulaiman Hassan,Timbalan Presiden Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia (Peyatim) selaku penyelaras program lawatan ini.Ianya adalah untuk mendedahkan anak-anak ini kepada dunia luar selepas mengalami kejutan bencana tsunami 26 Disember 2004.
‘Sudah tiba masanya untuk membawa mereka keluar dari Aceh,selain dapat menjalinkan silatulrahim bersama anak yatim negara ini,’ kata beliau.
Rombongan ini turut dibawa melawat Menara Taming Sari,menyusuri sungai Melaka dengan Melaka River Cruise,Padang Pahlawan Banda Hilir,Muzium Sejarah,Melaka Planetarium dan juga Zoo Melaka di Ayer Keroh.
Isteri Ketua Menteri,Datin Seri Asmah berkata kesudian rombongan ini menghadiri majlis makan malam ini amatlah dihargai dan berharap ianya menjadi kenangan manis kepada beliau kerana dapat bertemu anak-anak Aceh yang sangat menderita akibat bencana tsunami tempohari.Katanya,ombak besar tsunami yang melanda Aceh meninggalkan 1001 perasaan takut dan trauma kepada mereka yang kehilangan ibubapa dan keluarga.
“Saya berharap lebih ramai lagi yang sudi menghulurkan bantuan kepada panti asuhan anak yatim disana supaya mereka ini tidak disisihkan,”katanya.
Turut hadir sama dimajlis ini exco kerajaan negeri,YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin merangkap sebagai ‘bapa angkat’ kepada program lawatan ini.Dalam majlis tersebut Asmah telah bermurah hati memberi anak-anak ini sumbangan berupa wang supaya dapat meringankan beban penderitaan yang dirasai mereka.




No comments: