Sunday, May 30, 2010

12 BARISAN MANUSIA DIIRINGI DARI KUBUR



SUATU Ketika, Muaz Bin Jabal menghadap Rasulullah dan bertanya; “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”

Maksudnya :- “Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbari-baris.” (Surah An-Naba’ ayat 18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis sehingga basah pakaiannya, lalu Baginda menjawab : “Wahai Muaz engkau bertanyakan kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikimpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan itu.

Barisan pertama, diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah S.W.T Yang Maha Pengasih: Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya.

Barisan kedua, diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka ini balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.

Barisan ketiga. Diiringi dari kubur berbentuk keldai, perut mereka penuh ular dank ala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan keempat, diiringi dari kubur dengan keadaan drah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat merke adalah neraka.”

Barisan kelima, diiringi dari kubur dengan bau busuk. Ketika itu, Allah S.W.T menurunkan angina sehingg bau busuk itu menggangu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah S.W.T, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan keenam, diiringi dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka itu adalah orang yang menjadi saksi palsu ,inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.”

Barisan ketujuh, diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian diatas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan kelapan, diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berzina. Inilah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan kesembilan, diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh . “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan kesepuluh, diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan kesebelas, diiring dari kubur mereka dengan keadaan buta , gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan , bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. “Mereka itu adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan kedua belas, mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar – sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan. “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik . Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan , kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha Pengasih.”

No comments: