Monday, May 17, 2010



Assalamualaikum semua..lama sudah pApA tidak update blog ini.pApA minta maaf dan harap anak-anak semua sihat dimana juga berada.Keadaan diasrama sekarang baik dan seperti biasa banyak aktiviti sedang dan akan berlangsung.Kalau anak-anak berkesempatan sila ke facebook pApA @ papahafidz.....kalau sempat,kalau tak sempat tak payah.Tok Abah pun Alhamdulillah sihat begitu juga semua staff-staf yang ada.Untuk pengetahuan anak-anak ‘abg Ridwan Hashim’ sudah mendapat cahaya mata dan anaknya sihat.
Anak-anak yang dikasihi sekelian,pApa harap anak-anak jangan tinggal sembahyang,dan jangan lupa membaca yasin,sekurang-kurangnya pada malam jumaat kerana

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.




2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.




3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.




4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.




5. Jika terpenjara akan dibebaskan.




6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.




7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.




8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.




9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.




10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.




11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.




12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".




13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.




14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Sekian buat tatapan anak-anak yang pApA sentiasa sayangi.Wassalam.

1 comment:

PALESTINHOOD said...

Bagaimana kaedah yang mudah untuk saya berkomunikasi dgn pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah,Tanjung Kling,Melaka...? No.tel..?